Wednesday, 5 December 2012

Jom Gapai Cinta Ilahi


Assalamualaikum...
Sebelum meniti lebih jauh apa yang cuba ana sampaikan, marilah sama2 kita renung firman Allah dalam surah adz-zariyat :55
"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin"
setelah sekian lama memerhati, terasa barah maksiat dan dosa semakin menular di kalangan warga kk1. Ye, ana juga warga kk1 yang tidak terlepas dari semua ini. Melihat ikhtilat yg semakin bebas, terutama dalam group2 discussion. Ingatlah sahabat2, matlamat tidak menghalalkan cara. Kadang-kadang melihat seorang perempuan, ditemani beberapa orang lelaki  menyiapkan assignment. Terasa begitu tidak manis dan rimas teramat dengan keadaan2 ini. Mungkin ada yang baru ‘kenal’ apa itu kehidupan kampus agaknya. Sedih melihat seseorang yang thiqah sewaktu di zaman sekolah, sudah ‘melayang’ kethiqahannya. Begitu mesra bergaul dan bergurau senda dengan mahram. Adakah kala dahulu hanya menjaga diri dek peraturan sekolah agama??? Ye, dulunye, duduk dengan perempuan pun dah kena tangkap dengan exco, kena ambik nama, dan dikenakan tindakan. Di sini, nak duduk ke, nak angkut ke, kadang2 x jadi masalah. Sape nak halang? Hanya iman n taqwa pembenteng diri. Hanyut di bawa arus, tanpa cuba berpaut ditebing untuk menyelamatkan diri. Ye, arus itu begitu deras,jika x mampu melawan,tenggelam dan lemaslah dek ledakan nafsu itu. Aku hanya mampu merintih sendirian melihat keadaan ini.
 Kadang2 juga pening melihat segelintir muslimat  yang tidak jelas identity dirinya. Hari ini,tudung labuh,berbaju labuh. Esok, tudung singkat, baju x bersyariat. Kadang2 terfikir, adakah pakaian yang dipakai  hanya mengikut mood atau berpaksikan syariat? Masing-masing ada jawapan untuk diri masing2, dan antum mesti dah faham apa yang ana nak sampaikan.  Muslimah2 pakailah yang bersyariat, panas di dunia, insya Allah indahnya kehidupan di sana. Muslimin dan muslimat, jadilah orang yang mengabdikan diri terhadap Allah, terhadap perjuangan islam, terhadap sesama manusia dan makhluk. Jadilah mata rantai perjuangan, warisilah perjuangan baginda Rasulullah. Bagaimana untuk menjadi insan2 ini??? Ye, sahabat2, pastinya telah disediakan jalan untuk menujunya. Dekatkanlah diri dengan surau, jadilah pengunjung setia surau, binalah kekuatan dengan berjemaah, rajinkanlah diri berkunjung ke majlis2 agama(Bicara siswi/talk/liqo SPMM dan sebagainya). Kadang-kadang, begitu berjayanya system penjajah membunuh minda kita. Mereka menyematkan dalam diri para mahasiswa, alam menara gading adalah untuk ke kelas/kuliah semata-mata tanpa perlu mencari pengisian untuk makanan rohanai yang sentiasa tidak cukup. Nasihat ana, jadilah insan berjaya duniawi dan ukhrawi. Letakkan matlamat yang jelas, insyaAllah setiap helaan nafas kita bakal menjadi ibadah jika dimulakan dengan niat yang IKHLAS. Semoga diri ana dan diri antum berjaya menggapai cinta ILAHI.